nuffnang

Saturday, May 27, 2017

Kimchi untuk Awak!


Director: Michael Ang
Scipt Writer: Michael Ang, Nazri M. Annuar
Novel Writer: Suri Ryana
Cast: Emma Maembong, Aiman Hakim Ridza, Janna Nick, Natasha Elyzza, Ungku Hariz etc

Synopsis: (https://ms.wikipedia.org/wiki/Kimchi_Untuk_Awak)


Filem Kimchi Untuk Awak menceritakan kisah penceritaan antara Daniel Lee Jae Hwan (Aiman Hakim Ridza) dan Bella (Emma Maembong). Daniel merupakan jejaka hasil kacukan Korea dan Melayu manakala Bella adalah gadis Melayu yang belajar di salah sebuah universiti di Seoul, Korea Selatan. Pertemuan mereka bermula apabila mereka bertembung antara satu sama lain apabila Bella terlanggar lengan kiri milik Daniel Lee yang kebetulan berada di hadapannya. Pertemuan yang tidak disengajakan itu berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan semasa Bella ingin pulang ke Malaysia untuk menghabiskan cuti semesternya.

Setelah sampai di Malaysia Bella terus berjumpa dengan Kak Longnya (Dira Abu Zahar) untuk melepaskan perasaan rindu yang menebal. Suatu hari Kak Long menyuruh Bella membuat kimchi sempena majlis menyambut kedatangan presiden syarikat tempat kak longnya bekerja ke Malaysia. Bella sangat terkejut menerima kenyataan bahawa Presiden syarikat kak Longnya yang ingin diraikan itu sebenarnya adalah Daniel Lee jejaka yang pernah dilanggarnya ketika di korea selatan baru-baru ini. Hidup Bella menjadi semakin huru-hara apabila dia mendapat tahu bahawa papa Daniel Lee dan ayahnya merupakan kawan baik dan mereka berdua berusaha menyatukan Bella dan juga Daniel Lee. Akhirnya mereka bernikah setelah hampir ditangkap khalwat oleh penduduk kampung dan untuk menjaga maruah kedua-dua keluarga. Percintaan mereka menjadi semakin rumit apabila Bella membuat keputusan untuk melarikan diri ke Seoul kerana percayakan fitnah yang direka oleh Yoo Ri (Natasha Elyzza).

Danial Lee mencari isterinya Bella yang melarikan diri ke Korea kerana terlalu rindukan Bella. Setelah itu, Hubungan mereka kembali pulih dan perasaan cinta Daniel Lee semakin mendalam terhadap Bella ketika di Korea Selatan. Yoo Ri dan Zara (Janna Nick) pula sentiasa berusaha untuk meruntuhkan perkahwinan Daniel Lee dan Bella. Adakan cinta Daniel Lee dan Bella dapat dipertahankan?


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails